Wednesday 19 December 2012

"Tak, saya bukan bawa diri"

"Tak, saya bukan bawa diri".  Begitulah jawapanku kepada ibu saudaraku ketika aku sedang ligat mencuci pinggan di dapur.

Hari ini (15 Disember 2012) merupakan hari yang bersejarah buat keluargaku.  Terutamanya buat kakakku yang tersayang.  Bahagia pabila melihat dia.  Bahagia tika melihat senyuman manis terukir di bibirnya.  Bahagia untuknya dan sering mendoakan kebahagiannya.  Semoga ia berkekalan ya Allah...

Majlis ini diadakan secara sederhana.  Hanya keluarga terdekat dijemput.  Namun, impak meriahnya cukup terasa.  Emak, walid, ammi-ammiku, nda-nda, semua didepan, melayan tetamu yang datang.  Aku pula hanya didapur, menyediakan juadah untuk para tetamu yang datang.  Memandangkan sepupu-sepupu perempuanku yang lain kebanyakannya tidak dapat hadir, nampaknya semua tugas didapur tanggungjawabku mutlak.  

Sedang ligat mencuci pinggan di dapur..."Kesiannya dia, basuh pinggan, buat itu,ini...kamu bawa diri ke?".Kata ammati.  "Tak,saya bukan bawa diri".  Kata aku sambil tersenyum ke arahnya.  Memang aku bukan bawa diri, jauh sekali merajuk atau berasa tidak gembira dengan pertunangan kakakku.  Malah, aku org yg paling gembira, aku yg memilih persalinan untuk kakakku.  Sungguh, aku sangat gembira. "Kamu tu, bila lagi?". Tanya ammati.  Jawabku, "Belum ada jodoh, nanti2 dulu, ammati". "Jangan lama-lama, jangan terlalu memilih, bukan tak ada yg merisik, kamu yg memilih sangat.  Lagipun, kamu tu kan dah habis belajar.  Umur dengan kakak pn bezanya setahun, elok dilangsungkan sekali!".  Kata ammati dengan nada yg agk tinggi.  Aku sedikit terusik dengan kata-kata itu, namun aku pendamkan.  Entah kenapa perasaan sedih itu hadir.  Aku sendiri keliru.  

Setiap manusia inginkan dirinya dikasihi.  Namun, aku punya perancangan hidupku sendiri.  Aku sentiasa ukur sesuatu mengikut kemampuanku sendiri.  Ya Allah, bantulah aku dalam membuat sebarang keputusan."

"Ya Allah, jangan Kau biarkan nasib aku ditentukan oleh diriku sendiri, dengan kadar sekelip mata atau dengan kadar yang lebih cepat dari itu.  Kerna sungguh, aku tidak akan mampu" :/




P/s: Reading is my only indulgence. It's the best therapy! :)