Friday 15 June 2012

TaWauBaTa

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah kerana dengan izinNya pada bulan yang lepas saya bersama adik tersayang telah berpeluang mengikuti satu kuliyyah di surau yang indah di tempat saya belajar.  Sudah lama ingin bertemu dan mendengar ceramah yang disampaikan secara live oleh seorang ustaz ini.  Apabila beliau dijemput untuk memberikan ceramah di tempat saya belajar...saya tidak melepaskan peluang itu.  Bagai orang mengantuk disorongkan bantal lah nampaknya ;)

Dalam banyak- banyak soalan yang diajukan kepada ustaz.  Ada satu soalan yang menarik perhatian saya. 

Soalan : Bagaimanakah cara yang terbaik untuk kita melupakan segala dosa- dosa kita yang lalu dan mulakan hidup yang baru dengan lebih tenang?

Jawapan daripada ustaz ialah jangan kita pernah melupakan dosa- dosa kita yang silam kerana dengan mengingatinya akan terbit rasa jijik kita terhadap dosa itu.  Maka dengan ini, ia dapat menghindarkan diri kita untuk kembali melakukannya. 

Ustaz Syed Abdul Kadir al-Jufree


Sebagai seorang manusia, setiap dari kita tidak pernah terlepas melakukan kesalahan.  Kesalahan dan dosa yang dilakukan akan menjadi noda hitam dalam hati kita.  Jangan dibiarkan noda-noda hitam ini menutupi pintu hati kita yang pada asalnya dianugerakan bersih dan suci.  Segeralah menyental kotoran- kotoran ini dengan sentiasa bertaubat kepada Allah.

 Ingatlah janji Allah di dalam kalam suciNya...

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahan dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai..." (at-Tahrim: 8)

Orang yang beriman tidak pernah berputus asa dari rahmat Allah...;)

Thursday 14 June 2012

Salam perkenalan..:)

Assalamualaikum w.b.t

Salam perkenalan..Saya baru sahaja berjinak-jinak dalam penulisan blog..Mohon tunjuk ajar daripada semua pembaca sekalian...;) Dalam blog ini..saya akan kongsikan ibrah (pengajaran) yang diperoleh sepanjang melalui kehidupan ini sebagai seorang hamba Allah...Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua..:) Tiada ukhwah yang indah selain saling berukhwah keranaNya..:)