Wednesday 19 December 2012

"Tak, saya bukan bawa diri"

"Tak, saya bukan bawa diri".  Begitulah jawapanku kepada ibu saudaraku ketika aku sedang ligat mencuci pinggan di dapur.

Hari ini (15 Disember 2012) merupakan hari yang bersejarah buat keluargaku.  Terutamanya buat kakakku yang tersayang.  Bahagia pabila melihat dia.  Bahagia tika melihat senyuman manis terukir di bibirnya.  Bahagia untuknya dan sering mendoakan kebahagiannya.  Semoga ia berkekalan ya Allah...

Majlis ini diadakan secara sederhana.  Hanya keluarga terdekat dijemput.  Namun, impak meriahnya cukup terasa.  Emak, walid, ammi-ammiku, nda-nda, semua didepan, melayan tetamu yang datang.  Aku pula hanya didapur, menyediakan juadah untuk para tetamu yang datang.  Memandangkan sepupu-sepupu perempuanku yang lain kebanyakannya tidak dapat hadir, nampaknya semua tugas didapur tanggungjawabku mutlak.  

Sedang ligat mencuci pinggan di dapur..."Kesiannya dia, basuh pinggan, buat itu,ini...kamu bawa diri ke?".Kata ammati.  "Tak,saya bukan bawa diri".  Kata aku sambil tersenyum ke arahnya.  Memang aku bukan bawa diri, jauh sekali merajuk atau berasa tidak gembira dengan pertunangan kakakku.  Malah, aku org yg paling gembira, aku yg memilih persalinan untuk kakakku.  Sungguh, aku sangat gembira. "Kamu tu, bila lagi?". Tanya ammati.  Jawabku, "Belum ada jodoh, nanti2 dulu, ammati". "Jangan lama-lama, jangan terlalu memilih, bukan tak ada yg merisik, kamu yg memilih sangat.  Lagipun, kamu tu kan dah habis belajar.  Umur dengan kakak pn bezanya setahun, elok dilangsungkan sekali!".  Kata ammati dengan nada yg agk tinggi.  Aku sedikit terusik dengan kata-kata itu, namun aku pendamkan.  Entah kenapa perasaan sedih itu hadir.  Aku sendiri keliru.  

Setiap manusia inginkan dirinya dikasihi.  Namun, aku punya perancangan hidupku sendiri.  Aku sentiasa ukur sesuatu mengikut kemampuanku sendiri.  Ya Allah, bantulah aku dalam membuat sebarang keputusan."

"Ya Allah, jangan Kau biarkan nasib aku ditentukan oleh diriku sendiri, dengan kadar sekelip mata atau dengan kadar yang lebih cepat dari itu.  Kerna sungguh, aku tidak akan mampu" :/




P/s: Reading is my only indulgence. It's the best therapy! :)








Friday 30 November 2012

Be a mechanic 4 urself!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...tercapai juga niat di hati nk berkongsi helaian ini...jenuh mencari cara nk postkan word document...diri ini xberapa mahir...tapi, jangan pernah berhenti belajar...belajar itu MESTI! ini kali pertama saya embed document from scribd into blog...berjaya juga akhirnya...yess!!:)

Semoga sama-sama beroleh manfaat...perlukan azam yang baharu dan pemantauan secara lbh jelas n sistematik...JOM!

  Senarai Semak Amalan Harian

Friday 23 November 2012

Misi Solidariti Gaza 2012

Misi solidariti Gaza
Bayaran:RM 7500
Tarikh: 6-12Disember 2012
Terhad utk 200org
(terbuka kpd semua)
Tarikh ttp penyertaan: 30 Nov 2012
utk maklumat lanjut boleh lawati laman sesawang:
www.amanpalestin.net

Bantulah saudara seagama kita...mereka di barisan hadapan...adakah kita yg diberi nikmat kehidupan yg aman&selesa hanya brtindak sbg pemerhati?
Betapa bruntungnya kita diberikan nikmat kehidupan yg selesa,makanan & pakaian yg mncukupi...diberi laluan yg mudah oleh Allah utk membantu saudara kita di sana...ayuh saudara saudariku...mulakan usaha...usahalah sesuatu buat saudaramu di sana...Smoga mndapat ganjaran yg besar di sisi Allah...InsyaAllah...

Monday 19 November 2012

Buuukuuu...Muchos LoveSs...!

Cuti masih berbaki sebulan lebih lagi...lama tu...awal bln Januari nt...akan dipostingkan..insyaAllah...bila difikirkan rasa xsabar nk brtemu dgn bakal anak2 murid di sekolah...:) teruja yg amat!:) weeehee...!!
Dlm masa cuti yg masih pjg ni...mmg best...apa shj yg tringin nk buat,semua boleh buat tnpa perlu fikir jadual utk ke kuliah..utk study...semuanya boleh diatur dgn mudah...
:)
Bila time nk mmbaca...Ya Allah..seronoknya....boleh baca anytime...nikmat betul...!cuti ni mmg akan dihabiskan bergelumang dgn buku2...Bgku, buku2 mmpunyai kuasa yg amat luar biasa...walaupn secara zahirnya kita hanya dpt melihat huruf2... Tp yg tesiratnya penuh makna&ilmu...buku ibarat sprt sahabat yg setia yg xprnah tinggalkan sahabatnya..ia sentiasa ada utk menemani kita...melegakan jiwa di saat ia resah...:)
When no one there to talk to...Books always be there for you...
I love u, dearest book...!

Friday 16 November 2012

[Doktor Cinta]

Kisah yg trjadi dlm khidupan ni sememangnya banyak utk kita ambil sbg pelajaran n panduan hidup...mcmna pulak dgn kisah hati...? hati ini mmg diciptakan dgn sifatnya yg brbolak balik..ia susah utk konsisten dan sgt sukar utk pastikan kecenderungnnya...xfaham kn...?haa..hehe.

Skg ni nk bcerita ttg kisah kasih syg antara adam n hawa... Sbg seorang wanita..lbh tepat lg sbg seorg mukminah...jadikanlah diri anda permata yg sangt berharga...permata yg sgt berharga ini xkan mudah utk dipermainkan kerana nilainya begitu mahal...mana ada pnjual yg memainkan harga permata sesuka hatinya kn...dan mana ada pembeli yg sesudah menempah atau membeli mutiara itu sanggup membiarkan&meninggalkan permata itu...mana ada...?kn?

Wahai kaumku...jika tidak mahu hatimu dipermainkan..jadikan dirimu berharga...mahal...mahal bkn sebarang mahal..hanya yg mampu n berhak shj yg dpt milikinya...mahalkn dirimu dgn mmprkayakn ilmu2 agama didada..hiasilah akhlakmu...jg tutur katamu...jaga tingkah laku...jgn dibuang prasaan malumu... Skg ni byk sgt trdengar kisah2 wanita yg dipermainkan o lelaki...nk salahkan lelaki shj mcm tidak adil kerana wanita yg mahal xkan semudahnya dimainkan o lelaki...lelaki tidak akan sesuka hati mengambil dan membuangnya kerana ia begitu mahal...mulai skg..

Wahai kaum hawaku..bangunlah...jgn dihanyut dgn perasaan sedih...jgn dilenyapkan semangtmu hanya kerana satu alasan yg diciptakan olehmu sndri...'dia hanya mainkan aku'...buang semua itu dr kamus hidupmu..ayuh..mulakan langkah...kayuhlah sekuat hatimu...bulatkan tekad..kuatkan azam...smoga kita sama2 peroleh cinta sejati..cinta yg mahal harganya...

Buat kaum adam... jika merasakan tidak mmpu utk mmberikan komitmen...jgnlah berani mencuba...ia hanya akan menyakitkan perasaan kaumku...aku juga sakit bila mereka disakiti..jgn terlalu ego dan sombong...bila merasa tidak perlu mengata 'tidak'..bila merasa perlu mengatakan 'ya..sanggp berbuat apa shj'... Ketahuilah tiada siapa yg dilahirkan dlm keadaan sempurna..jika dia sempurna di suatu sudut,akn ada cacatnya dibahagian lain...adakah cacatnya itu akan mmbuatkanmu benci padanya sedangkan dirimu juga ada cacatnya...

Sentiasalah berbaik sangka trhadap org lain..jauhilah prasangka buruk..jgn diselitkan dlm hati 'mcmnala dia dblakang aku'...inilah jarum2 yg dpt memecahbelahkan...bknlah tidak boleh brprasangka...tetapi seharusnya diselidik dahulu utk pastikan kebenarannya... Bahagia itu bkn terletak pada sempurnya pasangan itu...bahagia itu terletak bila pasangan itu dpt menerima kelemahan diri pasangannya dan berusaha brsama2 menyempurnakannya...itu baru bahagia yg sejati namanya...

Tidak perlulah menunggu dan mencintai seseorang yg tidak pasti akn syg dan menyintaimu...cintailah yg halal bgmu dan menyintaimu seadanya dirimu... Bg yg masih bersedih...menangislah dgn air mata kehambaan...menangislah dgn air mata kekesalan...menangislah dgn air mata taubatmu padaNya...Siapa kita utk mmpersoalkan ketentuan yg perit...ini juga tarbiah drNya utk mnjadikan diri lbh kuat...bekalan ubat drNya utk mengubati sakit di kemudian hari...moga ia mnjadi penawar suatu hari nnt...

Contohilah the muslim heroes yg gagah perkasa dr segala segi...jgn mudah lemah..jgn mudah mengalah...be and action like that..!jika tidak mmpu contohi 100%,try at least 10% sbg prmulaan...makin hari pastikan makin meningkat...lakukan dgn ikhlas..Allah akn bantu hambaNya..insyaAllah...let's forget superheroes,choose the muslim heroes...

"When u find something difficult for u...always make sure Al-Quran is in ur heart every seconds...then u'll find everyhing easy for u"...

Friday 2 November 2012

The last one...

Assalamualaikum...

Dh lama xmenulis disini...
Sekarang perasaan bercampur baur...Rasanya inilah kali terakhir saya akan menulis disini...*ops! Bukan itu maksud saya...maksud saya..ini kali terakhir saya akan menulis disini sebagai seorang pelajar sarjana muda di Institut...

Gembira sebb xlama lagi akan menamatkan pelajaran di Institut & dalam masa yg sama sedih...sangat sedih kerana terpaksa lalui sebuah lagi perpisahan dengan sahabat-sahabat.  Enam tahun yg lepas, terpaksa berpisah dengan sahabat-sahabat di sekolah...sekarang, dalam beberapa hari saja lagi, akan melalui detik itu semula...berpisah dengan sahabat-sahabat sekelas yg dah bersama selama 5 1/2 tahun..Janji Allah itu pasti...setiap pertemuan akan ada pengakhirannya...

Bila diingatkn kembali kenangan...ada yg manis...ada yg pahit..ada yg payau, kelat..semuanya ada...tapi itulah yang dinamakan sebuah kehidupan...kehidupan mmg dicorakkan begitu..barulah berwarna-warni...jika statik saja, tiada cabaran...tak best lah kn..?

Akan melangkah satu lagi fasa dalam kehidupan...Semoga Yang Maha Pengasih sentiasa melimpahkan rahmat, kasih & sayangNya kepada semua sahabat-sahabat...Kalian sentiasa ada disaat sukar, sentiasa juga ada disaat senang...Smoga Allah mudahkan jalan buat kita semua...InsyaAllah...

 



Thursday 6 September 2012

Ukuwah Terindah

Assalamualaikum...

Harapnya sudilah membaca sedikit penulisan yang dibuat ini...Tidak sempurna mana kerana saya masih kurang pengalaman dalam bidang penulisan ini...Bila dh menulis, dpt rasakn keseronokan menulis...:)







 
Ukuwah Terindah

“Hati ibarat raja yang paling berkuasa dalam kerajaan diri manusia.  Jika baik hati itu, maka baiklah tadbirnya ke atas seluruh tubuh badan manusia”.  Kata-kata yang cukup ringkas daripada seorang tokoh ilmu yang sangat aku sanjungi, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.  Setiap butir perkataan yang keluar daripada mulutnya ibarat permata dan penyejuk hati pendengarnya.  Begitulah rutin harianku, mendengar rancangan ‘Bersama Ustaz Pahrol’ setiap hari, jam 7 pagi.  Hati terasa hidup dengan kata-kata permatanya.

Hari ini kuliah berjalan seperti biasa, bermula jam sembilan pagi.  Setelah tiga jam kuliah tanpa henti, aku bersama sahabat-sahabat muslimahku yang lain laju menuju ke kafeteria untuk mengisi perut.  Rehat cuma 30minit.  Selepas rehat, kuliah akan bersambung semula.  Selepas mengambil lauk-pauk kegemaran, kami duduk semeja.  Seperti biasa, sahabat baikku, Ana akan membacakan doa, manakala yang lain akan mengaminkan.  Suasana sepi seketika.  Masing-masing terlalu asyik melayan selera makan.  Tiba-tiba, Afida bersuara, “Aduh, kenapa saya diuji dengan ujian yang berat ini?”.  Semua mata yang sebentar tadi hanya tertumpu pada pinggan nasi, beralih ke arah Afida yang mukanya masam mencuka.  Balasku, “Afida, depan rezeki, tak baik mengeluh begini”.  Kataku dengan nada separuh memujuk.  Sahabat-sahabat yang lain mengangguk tanda setuju.  Sejak dari kuliah tadi, aku perhatikan Afida bagaikan tidak memberikan tumpuan terhadap kuliah yang disampaikan pensyarah.  Hajar yang sejak tadi diam membisu memujuk Afida untuk menghabiskan makanan.  Usai mengisi perut, kami berjalan menuju ke bilik kuliah.  “Selesa sungguh bilik kuliah ini, alangkah enaknya jika dapat tidur qailullah sebentar”.  Aku bermonolog sendirian sambil memejamkan mata.  Tiba-tiba, lamunanku terhenti sebaik Kak Eja mencuit bahuku.  Kata Kak Eja “Eh, Afida seperti mahu menceritakan sesuatu kepada kita semasa di kafe tadi, apa kata kita berhiwar sebentar bersamanya?”.  Aku setuju sambil mengajak beberapa orang sahabat rapat kami yang lain.

“Afida, jika ada masalah, kongsikanlah bersama kami, kalau boleh bantu, kami sedia membantu.  Bukankan kita telah lama bersahabat?” Hajar memulakan bicara dengan senyuman yang manis, ditambah dengan tahi lalat di tepi kiri dagunya, bertambah manis senyumannya itu.  Setelah sesi meluahkan perasaan, baharulah jelas masalah yang dihadapi oleh Afida.  Umum mengetahui bahawa Afida sudah bertunang dan akan melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya akhir tahun ini.  Namun, jodoh mereka tidak panjang, tali pertunangan yang diikat terlerai sebelum sempat mengecap bahagia mendirikan rumahtangga. 

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan.  Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan Allah.  Dengan berpegang pada hakikat itu, kita diperintah-Nya agar berusaha.  Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita.  Itu ketentuan Allah.  Milik kita hanya usaha.  Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. 
 
           Terkenang kembali kehidupan semasa belajar di universiti.  Sungguh indah apabila mempunyai sahabat yang sedia memimpin dikala melalui jalan berliku.  Sungguh indah berukhuwah kerana-Mu.  Kini, masing-masing terpisah di setiap pelosok penjuru dunia.  Namun, ukhuwah yang terbina kerana-Nya tetap utuh.  Pada hari ini, aku, Kak Eja, Hajar dan Ana  akan bertemu semula setelah lebih enam tahun tidak bersua muka.  Hari ini merupakan hari bersejarah Afida.  Afida akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan keluarganya.  Ah, tidak sabar untuk bertemu semula.  Sesungguhnya tiada ukuwah yang indah selain berukhwah kerana-Nya. 


p:s/ jangan kita menjadi sombong untuk mengatur taqdir hidup. Kita cuma hambaNya...Milik Allah segalanya...Dia berhak mengatur kehidupan kita...Sungguh, aturan Allah lebih sempurna dan penuh hikmah...


 

 

 

Tuesday 28 August 2012

September yg Menanti

Assalamualaikum...

Bulan September....tinggal beberapa hari saja lagi kita nk melangkah ke bulan September...Tajuk entry ialah 'September yg menanti'..bukan 'September yg dinanti'...huhu....






Bulan hadapan..terlalu banyak agenda dan perkara yg akan dilakasanakan...Trasa mcm xmenang tangan nak menghadapi kesemuanya...Pada bulan ini lah viva akan diadakan...persembahan teater dan latihan teater yg sangat memenatkan...

Bila terlalu memikirkan, terasa ada satu bebanan yg besar di atas bahu...Tetapi, saya ada membaca buku karangan ustaz kesayangan saya...<3

Katanya "Jgn risau apa yg akan berlaku pada hari esok..Hadapi sebaik mungkin untuk hari ini.  Kerana hari yg kita ada cuma "hari ini".  Semalam sudah berlalu, esok, belum tentu akan dilalui. 

"Jgn risau untuk hari esok" bukanlah bererti kita tidak bersedia untuk menghadapinya.  Bersedialah untuk menghadapi hari esok, tetapi jgn dirisaukan...kerana sebaik mana pun kita tadbirkan untuk hari esok, taqdir Allah lebih baik dan sempurna.

Berbaik sangkalah terhadap apa yg telah Allah aturkan untuk kita lalui dalam kehidupan.  Jangan sombong mengatur kehidupan sendiri hingga menyalahkan taqdir Allah.  Jika kesulitan kita hadapi hari ini, pasti ada kesenangan di kemudian hari.


Tadabbur ayat-ayat cinta yg Allah kirimkan untuk penenang dan penyejuk hati...


"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" (asy- Syarh:5)

Kemudian, diberikan penekanan sekali lagi dalam ayat seterusnya...

"Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" (asy-Syarh:6)


Itu janji Allah.  Pasti...Pasti akn ada kemudahan sesudah kesulitan...insyaAllah.

p/s: fighting!fighting! 'Pray hard, work smart'

Saturday 25 August 2012

Manusia Ibarat Logam

Assalamualaikum buat pembaca sekalian...Semoga berada dalam rahmat dan kasih sayangNya...;) 
Saya dah 'addict'..!! hurm...'addict' terhadap apa...? Haa...bila dh start berblogging ni, trasa macam 'addict' pulak nk menulis...jari ni laju je menaip- naip...:) hehe.  Nak buat assaingment pn taipnyer xselaju ni..;p Tapi, saya berharap dengan sedikit perkongsian yang dibuat ini, ia dapat memberi manfaat kepada saya dan rakan- rakan yang sudi membaca...Selain dapat menambahkan saham saya di akhirat kelak..:)  Ok, berbalik pada ilmu yang ingin dikongsi...Pada 17hb yang lalu, saya berkesempatan mengahadiri satu program.  Dalam satu slot, ada membincangkan berkenaan hadith dibawah. 

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda “Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham” (HR Bukhari-Kitabul Anbiya’).

Kenapa logam? Cuba senaraikan apakah ciri- ciri logam? Mungkin jawapan kalian seperti ini kn? :)
1. valueble
2. susah nk dicari (cnth: emas)
3. limited edition
4. mudah dilentur
5. tidak stabil ( mudah dipengaruhi)



Adakah ciri- ciri diatas sama seperti sifat manusia hinggakan Rasulullah menyamakan kita seperti logam?

Dalam diri setiap manusia terdapat logam mereka yang tersendiri.   Logam ini bervariasi bagi setiap individu.  Namun, logam ini sangat berharga dan sangat sukar untuk diperoleh.    Justeru setiap manusia harus mencari gali dalam diri mereka sendiri bagi memperoleh logam ini.  Nilai logam tidak akan berubah dalam mana-mana zaman. Sekiranya nilai itu ‘jahil’, nilai itu akan menyokong jahiliyyah dan sebaliknya, sekiranya ia ‘Islam’, nilai itu akan menyokong Islam. Segalanya bergantung kepada kefahamannya.

Mari sama- sama kita mencari gali logam yang ada dalam diri kita.  Setiap orang mempuyai kekuatan dan keistimewaan masing- masing.  Salurkanlah kekuatan yang dimiliki ke jalan yang diredhai Ilahi.  Caiyok!! Caiyok!! :)  Semoga dengan sedikit usaha kita memuliakan ajaran Allah dipandang mulia olehNya :)

*p/s: sebenarnya dh lama nk post entry ni...tp dsebabkan masa xdiatur dgn baik, tertangguhlah jadinya...maaf atas kelalaian diri...see u...!

Friday 15 June 2012

TaWauBaTa

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah kerana dengan izinNya pada bulan yang lepas saya bersama adik tersayang telah berpeluang mengikuti satu kuliyyah di surau yang indah di tempat saya belajar.  Sudah lama ingin bertemu dan mendengar ceramah yang disampaikan secara live oleh seorang ustaz ini.  Apabila beliau dijemput untuk memberikan ceramah di tempat saya belajar...saya tidak melepaskan peluang itu.  Bagai orang mengantuk disorongkan bantal lah nampaknya ;)

Dalam banyak- banyak soalan yang diajukan kepada ustaz.  Ada satu soalan yang menarik perhatian saya. 

Soalan : Bagaimanakah cara yang terbaik untuk kita melupakan segala dosa- dosa kita yang lalu dan mulakan hidup yang baru dengan lebih tenang?

Jawapan daripada ustaz ialah jangan kita pernah melupakan dosa- dosa kita yang silam kerana dengan mengingatinya akan terbit rasa jijik kita terhadap dosa itu.  Maka dengan ini, ia dapat menghindarkan diri kita untuk kembali melakukannya. 

Ustaz Syed Abdul Kadir al-Jufree


Sebagai seorang manusia, setiap dari kita tidak pernah terlepas melakukan kesalahan.  Kesalahan dan dosa yang dilakukan akan menjadi noda hitam dalam hati kita.  Jangan dibiarkan noda-noda hitam ini menutupi pintu hati kita yang pada asalnya dianugerakan bersih dan suci.  Segeralah menyental kotoran- kotoran ini dengan sentiasa bertaubat kepada Allah.

 Ingatlah janji Allah di dalam kalam suciNya...

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahan dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai..." (at-Tahrim: 8)

Orang yang beriman tidak pernah berputus asa dari rahmat Allah...;)

Thursday 14 June 2012

Salam perkenalan..:)

Assalamualaikum w.b.t

Salam perkenalan..Saya baru sahaja berjinak-jinak dalam penulisan blog..Mohon tunjuk ajar daripada semua pembaca sekalian...;) Dalam blog ini..saya akan kongsikan ibrah (pengajaran) yang diperoleh sepanjang melalui kehidupan ini sebagai seorang hamba Allah...Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua..:) Tiada ukhwah yang indah selain saling berukhwah keranaNya..:)