Thursday 6 September 2012

Ukuwah Terindah

Assalamualaikum...

Harapnya sudilah membaca sedikit penulisan yang dibuat ini...Tidak sempurna mana kerana saya masih kurang pengalaman dalam bidang penulisan ini...Bila dh menulis, dpt rasakn keseronokan menulis...:)







 
Ukuwah Terindah

“Hati ibarat raja yang paling berkuasa dalam kerajaan diri manusia.  Jika baik hati itu, maka baiklah tadbirnya ke atas seluruh tubuh badan manusia”.  Kata-kata yang cukup ringkas daripada seorang tokoh ilmu yang sangat aku sanjungi, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.  Setiap butir perkataan yang keluar daripada mulutnya ibarat permata dan penyejuk hati pendengarnya.  Begitulah rutin harianku, mendengar rancangan ‘Bersama Ustaz Pahrol’ setiap hari, jam 7 pagi.  Hati terasa hidup dengan kata-kata permatanya.

Hari ini kuliah berjalan seperti biasa, bermula jam sembilan pagi.  Setelah tiga jam kuliah tanpa henti, aku bersama sahabat-sahabat muslimahku yang lain laju menuju ke kafeteria untuk mengisi perut.  Rehat cuma 30minit.  Selepas rehat, kuliah akan bersambung semula.  Selepas mengambil lauk-pauk kegemaran, kami duduk semeja.  Seperti biasa, sahabat baikku, Ana akan membacakan doa, manakala yang lain akan mengaminkan.  Suasana sepi seketika.  Masing-masing terlalu asyik melayan selera makan.  Tiba-tiba, Afida bersuara, “Aduh, kenapa saya diuji dengan ujian yang berat ini?”.  Semua mata yang sebentar tadi hanya tertumpu pada pinggan nasi, beralih ke arah Afida yang mukanya masam mencuka.  Balasku, “Afida, depan rezeki, tak baik mengeluh begini”.  Kataku dengan nada separuh memujuk.  Sahabat-sahabat yang lain mengangguk tanda setuju.  Sejak dari kuliah tadi, aku perhatikan Afida bagaikan tidak memberikan tumpuan terhadap kuliah yang disampaikan pensyarah.  Hajar yang sejak tadi diam membisu memujuk Afida untuk menghabiskan makanan.  Usai mengisi perut, kami berjalan menuju ke bilik kuliah.  “Selesa sungguh bilik kuliah ini, alangkah enaknya jika dapat tidur qailullah sebentar”.  Aku bermonolog sendirian sambil memejamkan mata.  Tiba-tiba, lamunanku terhenti sebaik Kak Eja mencuit bahuku.  Kata Kak Eja “Eh, Afida seperti mahu menceritakan sesuatu kepada kita semasa di kafe tadi, apa kata kita berhiwar sebentar bersamanya?”.  Aku setuju sambil mengajak beberapa orang sahabat rapat kami yang lain.

“Afida, jika ada masalah, kongsikanlah bersama kami, kalau boleh bantu, kami sedia membantu.  Bukankan kita telah lama bersahabat?” Hajar memulakan bicara dengan senyuman yang manis, ditambah dengan tahi lalat di tepi kiri dagunya, bertambah manis senyumannya itu.  Setelah sesi meluahkan perasaan, baharulah jelas masalah yang dihadapi oleh Afida.  Umum mengetahui bahawa Afida sudah bertunang dan akan melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya akhir tahun ini.  Namun, jodoh mereka tidak panjang, tali pertunangan yang diikat terlerai sebelum sempat mengecap bahagia mendirikan rumahtangga. 

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan.  Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan Allah.  Dengan berpegang pada hakikat itu, kita diperintah-Nya agar berusaha.  Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita.  Itu ketentuan Allah.  Milik kita hanya usaha.  Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. 
 
           Terkenang kembali kehidupan semasa belajar di universiti.  Sungguh indah apabila mempunyai sahabat yang sedia memimpin dikala melalui jalan berliku.  Sungguh indah berukhuwah kerana-Mu.  Kini, masing-masing terpisah di setiap pelosok penjuru dunia.  Namun, ukhuwah yang terbina kerana-Nya tetap utuh.  Pada hari ini, aku, Kak Eja, Hajar dan Ana  akan bertemu semula setelah lebih enam tahun tidak bersua muka.  Hari ini merupakan hari bersejarah Afida.  Afida akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan keluarganya.  Ah, tidak sabar untuk bertemu semula.  Sesungguhnya tiada ukuwah yang indah selain berukhwah kerana-Nya. 


p:s/ jangan kita menjadi sombong untuk mengatur taqdir hidup. Kita cuma hambaNya...Milik Allah segalanya...Dia berhak mengatur kehidupan kita...Sungguh, aturan Allah lebih sempurna dan penuh hikmah...