Tuesday 28 August 2012

September yg Menanti

Assalamualaikum...

Bulan September....tinggal beberapa hari saja lagi kita nk melangkah ke bulan September...Tajuk entry ialah 'September yg menanti'..bukan 'September yg dinanti'...huhu....






Bulan hadapan..terlalu banyak agenda dan perkara yg akan dilakasanakan...Trasa mcm xmenang tangan nak menghadapi kesemuanya...Pada bulan ini lah viva akan diadakan...persembahan teater dan latihan teater yg sangat memenatkan...

Bila terlalu memikirkan, terasa ada satu bebanan yg besar di atas bahu...Tetapi, saya ada membaca buku karangan ustaz kesayangan saya...<3

Katanya "Jgn risau apa yg akan berlaku pada hari esok..Hadapi sebaik mungkin untuk hari ini.  Kerana hari yg kita ada cuma "hari ini".  Semalam sudah berlalu, esok, belum tentu akan dilalui. 

"Jgn risau untuk hari esok" bukanlah bererti kita tidak bersedia untuk menghadapinya.  Bersedialah untuk menghadapi hari esok, tetapi jgn dirisaukan...kerana sebaik mana pun kita tadbirkan untuk hari esok, taqdir Allah lebih baik dan sempurna.

Berbaik sangkalah terhadap apa yg telah Allah aturkan untuk kita lalui dalam kehidupan.  Jangan sombong mengatur kehidupan sendiri hingga menyalahkan taqdir Allah.  Jika kesulitan kita hadapi hari ini, pasti ada kesenangan di kemudian hari.


Tadabbur ayat-ayat cinta yg Allah kirimkan untuk penenang dan penyejuk hati...


"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" (asy- Syarh:5)

Kemudian, diberikan penekanan sekali lagi dalam ayat seterusnya...

"Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" (asy-Syarh:6)


Itu janji Allah.  Pasti...Pasti akn ada kemudahan sesudah kesulitan...insyaAllah.

p/s: fighting!fighting! 'Pray hard, work smart'

Saturday 25 August 2012

Manusia Ibarat Logam

Assalamualaikum buat pembaca sekalian...Semoga berada dalam rahmat dan kasih sayangNya...;) 
Saya dah 'addict'..!! hurm...'addict' terhadap apa...? Haa...bila dh start berblogging ni, trasa macam 'addict' pulak nk menulis...jari ni laju je menaip- naip...:) hehe.  Nak buat assaingment pn taipnyer xselaju ni..;p Tapi, saya berharap dengan sedikit perkongsian yang dibuat ini, ia dapat memberi manfaat kepada saya dan rakan- rakan yang sudi membaca...Selain dapat menambahkan saham saya di akhirat kelak..:)  Ok, berbalik pada ilmu yang ingin dikongsi...Pada 17hb yang lalu, saya berkesempatan mengahadiri satu program.  Dalam satu slot, ada membincangkan berkenaan hadith dibawah. 

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda “Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham” (HR Bukhari-Kitabul Anbiya’).

Kenapa logam? Cuba senaraikan apakah ciri- ciri logam? Mungkin jawapan kalian seperti ini kn? :)
1. valueble
2. susah nk dicari (cnth: emas)
3. limited edition
4. mudah dilentur
5. tidak stabil ( mudah dipengaruhi)



Adakah ciri- ciri diatas sama seperti sifat manusia hinggakan Rasulullah menyamakan kita seperti logam?

Dalam diri setiap manusia terdapat logam mereka yang tersendiri.   Logam ini bervariasi bagi setiap individu.  Namun, logam ini sangat berharga dan sangat sukar untuk diperoleh.    Justeru setiap manusia harus mencari gali dalam diri mereka sendiri bagi memperoleh logam ini.  Nilai logam tidak akan berubah dalam mana-mana zaman. Sekiranya nilai itu ‘jahil’, nilai itu akan menyokong jahiliyyah dan sebaliknya, sekiranya ia ‘Islam’, nilai itu akan menyokong Islam. Segalanya bergantung kepada kefahamannya.

Mari sama- sama kita mencari gali logam yang ada dalam diri kita.  Setiap orang mempuyai kekuatan dan keistimewaan masing- masing.  Salurkanlah kekuatan yang dimiliki ke jalan yang diredhai Ilahi.  Caiyok!! Caiyok!! :)  Semoga dengan sedikit usaha kita memuliakan ajaran Allah dipandang mulia olehNya :)

*p/s: sebenarnya dh lama nk post entry ni...tp dsebabkan masa xdiatur dgn baik, tertangguhlah jadinya...maaf atas kelalaian diri...see u...!